Tuesday, February 25, 2020

BHOOT: THE HAUNTED SHIP

TAJUK: BHOOT: THE HAUNTED SHIP

BAHASA: HINDI (INDIA)

EDARAN: SURAYA FILEM

GENRE:  Drama / Seram

PELAKUN UTAMA: Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Ashutosh Rana, Siddhanth Kapoor

PENGARAH: Bhanu Pratap Singh

SINOPSIS: Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Bombay. Pegawai perkapalan Sumit Desai perlu menyelamatkan gadis yang dipercayai berada di dalam Sea Bird, sebuah kapal terbiar di tepi pantai. Walau bagaimanapun, dia mendapati dirinya kini terperangkap dalam kapal itu dan mula diganggu kejadian-kejadian aneh.

KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 2 Jam 30 Min

TAYANG: 21 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

ONWARD

TAJUK: ONWARD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE:  Animasi

PELAKUN UTAMA: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer

PENGARAH: Dan Scanlon

SINOPSIS: Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 43 Min

TAYANG: 05 Mac 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

THE INVISIBLE MAN

TAJUK: THE INVISIBLE MAN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE:  Ngeri

PELAKUN UTAMA: Elisabeth Moss, Oliver Jackson-Cohen, Aldis Hodge, Storm Reid, Harriet Dyer

PENGARAH: Leigh Whannell

SINOPSIS: Dengan bantuan adiknya serta rakan mereka sejak kecil, Cecilia Kass menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam5 Min

TAYANG: 05 Mac 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Monday, February 24, 2020

RASUK 2

TAJUK: RASUK 2

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Nikita Willy, Achmad Megantara, Asri Welas, Raquel Katie Larkin

PENGARAH: Rizal Mantovani

SINOPSIS: Isabella merupakan pelajar perubatan yang dikurniakan deria keenam tapi dia tidak pedulikannya kerana dia mahu hidup secara normal. Sebagai salah satu tugasan latihan industri, dia perlu melakukan bedah siasat terhadap mayat wanita yang tidak mempunyai identiti. Malangnya, sejak dari itu dia mendapati dirinya diekori roh wanita tersebut, menyebabkan persahabatan dan pembelajarannya terganggu. Pada mulanya hanya kakaknya, Fransisca Inggrid, yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya tetapi dalam usaha untuk melepaskan diri daripada gangguan itu, dia bertemu dengan Radja yang turut memahami situasinya. Dia kemudiannya mendapati misteri kematian wanita itu mula terungkai sedikit demi sedikit. Kini, walaupun nyawanya dalam bahaya, dia mengambil keputusan untuk membantu roh wanita itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 35 Min

TAYANG: 27 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE CLOSET

TAJUK: THE CLOSET

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE:  Seram

PELAKUN UTAMA: Kim Nam-Gil, Ha Jung-Woo, Heo Yool

PENGARAH: Kim Kwang-Bin

SINOPSIS: Sang-Won berpindah ke rumah baru dengan anak perempuannya Yi-Na, bagi cuba memperbaiki hubungan mereka yang semakin janggal selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Namun, usahanya untuk mendekati Yi-Na tidak semudah yang disangka. Dia kemudian melihat Yi-Na semakin ceria, anaknya itu memberitahunya bahawa dia mempunyai rakan baru, tetapi dia juga mula mendapati kelakuan Yi-Na semakin pelik dan mendengar bunyi-bunyi aneh dari almari Yi-Na. Suatu hari, Sang-Won mendapati anaknya telah hilang. Dalam pada dia cuba mencari anaknya itu, seorang lelaki misteri bernama Kyung-Hoon muncul untuk memberi pertolongan dan memberitahu bahawa anaknya berada di dalam almari.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 37 Min

TAYANG: 27 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, February 19, 2020

CALL OF THE WILD

TAJUK: CALL OF THE WILD

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE:  Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Harrison Ford, Dan Stevens, Omar Sy, Karen Gillan, Bradley Whitford, Colin Woodell

PENGARAH: Chris Sanders

SINOPSIS: Berdasarkan novel nukilan Jack London yang sama judul, filem ini berlatarbelakangkan zaman Gold Rush pada tahun 1980-an. Seekor anjing bernama Buck yang tinggal di California dicuri dari rumahnya dan dijual kepada penghantar barang di Yukon, Alaska. Sejak dari itu, dia perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sukar.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 40 Min

TAYANG: 20 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 18, 2020

RATU KALA JENGKING

TAJUK: RATU KALA JENGKING

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: SKOP PRODUCTION

GENRE: Seram / Romantik

PELAKUN UTAMA: Nadia Brian, Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Firman Siagan

PENGARAH: Bade Hj. Azmi

SINOPSIS: Satu penyakit misteri mengubah wajah Siti menjadi hodoh, menyebabkan dia dihina dan dipulaukan penduduk kampung, termasuk Awang, lelaki yang dicintainya. Salah seorang rakan baiknya, Mawar, dalam diam berasa senang hati kerana dia juga menyukai Awang tetapi rakan mereka, Teratai, memberi amaran kepada Mawar agar tidak merosakkan persahabatan mereka dengan mengganggu hubungan Siti dan Awang. Setelah dipulaukan oleh hampir semua orang, Siti akhirnya berkawan dengan seorang tukang kayu bernama Nadim. Mawar ingin Siti meninggalkan kampung itu, jadi suatu hari, apabila dia mendapat tahu mengenai Nenek Kebayan di Gunung Panti yang mampu merawat segala penyakit, dia memberitahu Siti tentang perkara itu. Walaupun Teratai cuba menghalangnya, namun Siti nekad untuk ke sana demi menyembuhkan mukanya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam

TAYANG: 27 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RUMAH KENTANG: THE BEGINNING

TAJUK: RUMAH KENTANG THE BEGINNING

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Luna Maya, Christian Sugiono, Jajang C. Noer

PENGARAH: Rizal Mantovani

SINOPSIS: Pasangan suami isteri Adrian dan Sofie merupakan penulis dan pelukis ilustrasi novel seram, tapi berdepan cabaran untuk menghasilkan novel terbaru mereka yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Demi mendapat inspirasi untuk novel itu, mereka membawa anak-anak mereka ke rumah lama peninggalan ibu bapa Sofie yang terletak di ladang kentang di Bandung. Tanpa mereka ketahui, terdapat satu insiden tragis yang berlaku di rumah itu. Kejadian aneh mula berlaku, termasuk diganggu bunyi tangisan kanak-kanak serta bau kentang yang menusuk. Kini mereka perlu menyiasat kisah sebenar di sebalik gangguan di rumah itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 42 Minit

TAYANG: 27 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, February 17, 2020

ROCK 4: ROCKER NEVER DAI

TAJUK: ROCK 4: ROCKER NEVER DAI

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: PRIMEWORKS STUDIO

GENRE: Komedi

PELAKUN UTAMA: Sharwani, Hazama Azmi, Adam John, Nazimi Fahmi, Bulan Terry

PENGARAH: Mamat Khalid

SINOPSIS: Filem terbaru ini adalah kesinambungan dari filem ketiga yang mana Dio yang terlibat dengan kemalangan sebelum ini telah koma untuk satu tempoh yang cukup lama. Apabila dia terjaga, dia menyedari dirinya berada pada zaman moden. Dia kemudian bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan menubuhkan Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi kumpulan rock Rimba Bara.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 20 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

BRAHMS: THE BOY II

TAJUK: BRAHMS: THE BOY II

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Ngeri

PELAKUN UTAMA: Katie Holmes, Ralph Ineson, Owain Yeoman

PENGARAH: William Brent Bell

SINOPSIS: Tanpa menyelidik sejarah hitamnya, sebuah keluarga berpindah ke rumah agam Heelshire Mansion. Anak lelaki mereka kemudiannya terjumpa sebuah anak patung berupa manusia bernama Brahms. Kejadian aneh mula berlaku apabila dia berkawan dengan anak patung menakutkan itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 27 Minit

TAYANG: 20 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 11, 2020

FANTASY ISLAND

TAJUK: FANTASY ISLAND

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Michael Pena, Lucy Hale, Maggie Q, Portia Doubleday

PENGARAH: Jeff Wadlow

SINOPSIS: Mr. Roarke membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 27 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, February 10, 2020

HAPPY OLD YEAR

TAJUK: HAPPY OLD YEAR

BAHASA: THAILAND

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Romantik

PELAKUN UTAMA: Chutimon Chuengcharoensukying, Sunny Suwanmethanon, Apasiri Nitibhon

PENGARAH: Nawapol Thamrongrattanarit

SINOPSIS: Jean ingin mengubah suai kediamannya menjadi rumah pejabat. Ketika sedang mengemas dan menyusun atur barang yang sudah tidak digunakan lagi, dia terjumpa beberapa barangan milik bekas kekasihnya Aim. Dia mendapati barangan itu mengingatkannya semula kepada kenangan lama mereka dan ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja dengan cara membuangnya. Kini Jean perlu memilih antara menyimpan, membuang atau mengembalikan barangan itu semula kepada tuan empunya badan untuk dia meneruskan kehidupannya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

SECRET ZOO

TAJUK: SECRET ZOO

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Komedi / Drama

PELAKUN UTAMA: Ahn Jae-Hong, Kang So-Ra, Park Young-Gyu, Kim Sung-Oh

PENGARAH: Son Jae-Gon

SINOPSIS: Tae-Soo, peguam pelatih tersekat dengan jawatan sementara di sebuah firma perundangan terkenal, berhasrat untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa di syarikat itu. Dia berpeluang untuk membuktikan kebolehannya apabila dia ditugaskan untuk menghidupkan semula sebuah zoo yang hampir muflis. Memandangkan tiada lagi haiwan di zoo itu, dia mendapat idea dengan meminta pekerja di sana untuk berpakaian seperti haiwan. Zoo baru itu dibuka dan menerima sambutan menggalakkan apabila sebuah rakaman video dirinya berpakaian seperti seekor beruang kutub menjadi tular. Akhirnya dia diterima sebagai pekerja tetap di firma itu, tetapi ketika dia bakal meninggalkan zoo itu, dia mendapat tahu niat sebenar syarikat tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 58 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, February 9, 2020

HER BLUE SKY

TAJUK: HER BLUE SKY

BAHASA: JEPUN

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Anime

PELAKUN UTAMA: Shion Wakayama, Riho Yoshioka, Ryo Yoshizawa, Ken Matsudaira

PENGARAH: Tatsuyuki Nagai

SINOPSIS: Berlatarbelakangkan bandar Chichibu, Jepun, di mana tinggalnya dua beradik, Aoi Aioi seorang pelajar tahun kedua sekolah tinggi dan pemuzik bersama kakaknya Akane Aioi. Kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan sejak 13 tahun lalu menyebabkan Akane terpaksa menolak tepi impian untuk mengikuti teman lelakinya, pemain gitar Shinnosuke Kanemuro, ke Tokyo demi menjaga Aoi. Shinnosuke, yang kini berusia 31 tahun, kembali ke bandar itu untuk membuat persembahan di sebuah festival muzik sebagai pemuzik jemputan. Pada masa yang sama, Shinnosuke berusia 18 tahun bernama Shinno turut muncul dari 13 tahun yang lalu, dan Aoi mula jatuh cinta kepadanya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

HITMAN AGENT JUN

TAJUK: HITMAN AGENT JUN

BAHASA: KOREA

EDARAN: ATRINAGA SDN BHD

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Kwon Sang-Woo, Jung Joon-Ho, Hwang Woo Seul Hye, Lee Yi-Kyung

PENGARAH: Choi Won-Sub

SINOPSIS: Joon berkhidmat sebagai ejen pembunuh upahan bagi NIS tapi dia kemudian meletak jawatan bagi meneruskan impiannya menjadi penulis komik web. Namun, dia bergelut untuk menerbitkan kandungan baru selepas komik webnya kurang mendapat sambutan. Suatu malam, dia mendapat idea untuk menulis tentang pengalamannya sebagai seorang ejen NIS. Walau bagaimanapun, dia berdepan masalah apabila hasil penulisannya sebenarnya mengandungi maklumat rahsia tentang NIS.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 50 Minit

TAYANG: 20 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Wednesday, February 5, 2020

SONIC THE HEDGEHOG

TAJUK: SONIC THE HEDGEHOG

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: James Marsden, Jim Carrey, Tika Sumpter, Ben Schwartz

PENGARAH: Jeff Fowler

SINOPSIS: Sonic adalah seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 39 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Tuesday, February 4, 2020

LITTLE WOMEN

TAJUK: LITTLE WOMEN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERAINMENT

GENRE: Drama

PELAKUN UTAMA: Saoirse Ronan, Emma Watson, Florence Pugh, Eliza Scanlen, Timothée Chalamet, Laura Dern, Meryl Streep

PENGARAH: Greta Gerwig

SINOPSIS: Berlatarkan pada tahun 1860an di Massachusetts, Amerika Syarikat selepas Perang Saudara, ia berkisarkan tentang kehidupan tiga beradik perempuan iaitu Meg, Jo dan Amy selepas berpindah keluar dari rumah keluarga mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 15 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, February 2, 2020

THE GENTLEMEN

TAJUK: THE GENTLEMEN

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi / Jenayah

PELAKUN UTAMA: Matthew McConaughey, Charlie Hunnam, Henry Golding, Michelle Dockery, Jeremy Strong, Eddie Marsan, Colin Farrell, Hugh Grant

PENGARAH: Guy Ritchie

SINOPSIS: Mickey Pearson, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di London, menjadi kaya raya dengan menjual ganja di bandar itu. Kini dia merancang untuk menjual empayar ganja yang menguntungkan itu, dengan menawarkan nilai USD400 juta kepada kenalan-kenalan Amerikanya. Namun apabila orang lain, termasuk gangster dari kartel dadah Oriental, mendapat tahu mengenai tawaran itu, mereka mula merancang untuk merampas haknya. Ia telah menyebabkan pertumpahan darah yang Pearson tidak jangkakan.

KATEGORI: TIDAK DILULUSKAN

DURASI: 1 Jam 43 Minit

TAYANG: 13 Februari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: