Tuesday, December 27, 2016

ELOISE

TAJUK : ELOISE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : RAM ENTERTAIMENT

GENRE : Seram / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Eliza Dushku, Robert Patrick, Chace Crawford

PENGARAH : Robert Legato

SINOPSIS : Jacob seorang `drifter` yang cuba melarikan diri dari kisah silamnya. Satu hari peguam keluarganya telah menghubunginya untuk memaklumkan yang bapanya telah membunuh diri. Jacob yang pulang ke rumah mendapati dia bakal mewarisi harta yang banyak tetapi halangan yang dihadapinya adalah dia perlu membuktikan kematian mak ciknya yang dia tidak kenal jika dia mahu mewarisi hartanah. Mustahil untuk mencari seorang diri, dia telah dibantu oleh rakan-rakannya Dell, Scott dan Pia untuk mencari rekod sijil kematian mak ciknya di pusat mental Eloise yang berkeluasan 900 ekar. Namun pencarian mereka tidak menjadi seperti yang dirancang, sebaliknya mereka menjadi huru-hara apabila mereka terpaksa berdepan sesuatu yang menakutkan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 29 Min

TAYANG : 05 Januari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 26, 2016

WHY HIM?

TAJUK : WHY HIM?

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 2OTH CENTURY FOX

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : James Franco, Bryan Cranston, Zoey Deutch, Keegan-Michael Key

PENGARAH : John Hamburg

SINOPSIS : Filem komedi romantik ini mengisahkan tentang seorang bapa yang telah mencetuskan permusuhan di antara dirinya dengan teman lelaki anak perempuannya yang kaya. Ia dibintangi oleh James Franco, Bryan Cranston, Zoey Deutch, Megan Mullally, Griffin Gluck dan Keegan-Michael Key.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 01 Jam 51 Min

TAYANG : 29 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

HORROR STORIES III: A GIRL FROM MARS

TAJUK : HORROR STORIES III: A GIRL FROM MARS

BAHASA : KOREA

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Kyung Soo-jin, Im Seul-Ong, Hong Eun-Hee

PENGARAH : Pearry Reginald Teo

SINOPSIS : Filem seram Korea ini mengisahkan tentang seorang wanita pada masa hadapan yang mengembara dan mendarat di sebuah planet yang didiami oleh robot-robot. Demi menjelaskan mengapa dia merasakan dia perlu meninggalkan tamadun manusia, dia mula menceritakan kisah seram kepada android.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 34 Min

TAYANG : 29 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

ALLIED

TAJUK : ALLIED

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Romantik / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Brad Pitt, Marion Cotillard, Lizzy Caplan, Matthew Goode, Jared Harris

PENGARAH : Robert Zemeckis

SINOPSIS : Ketika Perang Dunia II di Casablanca pada 1942, seorang pembunuh bernama Max Vatan dan seorang pengintip Perancis, Marianne Beausejour, telah jatuh cinta dan berkahwin ketika dalam misi untuk membunuh seorang pegawai Jerman.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 04 Min

TAYANG : 05 Januari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, December 23, 2016

THE GREAT WALL

TAJUK : THE GREAT WALL

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA : Matt Damon, Andy Lau, Pedro Pascal, Willem Dafoe, Lu Han, Jing Tianl

PENGARAH : Zhang Yimou

SINOPSIS : Filem arahan Zang Yimou ini mengisahkan tentang sekumpulan askar yang dalam pencarian serbuk letupan telah bertembung dengan pembinaan Tembok Besar China. Mereka kemudiannya mendapati bahawa China membina Tembok itu bukan sahaja untuk menghalang penjajahan Mongolia, tetapi juga untuk menghalang makhluk-makhluk ghaib daripada menyerang negara tersebut.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 44 Min

TAYANG : 29 Disember 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

PASSENGERS

TAJUK : PASSENGERS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL

GENRE : Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Jennifer Lawrence, Chris Pratt, Michael Sheen, Laurence Fishburne

PENGARAH : Morten Tyldum

SINOPSIS : Jim, seorang jurutera mekanikal dari Denver yang mahu meninggalkan Bumi, dan Aurora seorang wartawan dari New York City yang berminat dengan pengembaraan kosmik, merupakan dua penumpang dalam kapal angkasa yang akan membawa mereka ke hidup baru di planet lain. Apabila pod hibernasi secara misteri telah membangunkan mereka 90 tahun sebelum mereka sampai ke destinasi mereka, mereka meneruskan kehidupan dalam kapal angkasa dan mula jatuh cinta. Perkara menjadi buruk apabila mereka mendapat tahu bahaya sebenar yang dihadapi oleh kapal angkasa mereka dan perlu menyelamatkan bukan sahaja diri sendiri tetapi 5,000 penumpang lain yang masih dalam hibernasi.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 56 Min

TAYANG : 29 Disember 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 20, 2016

THE CURSE OF SLEPPING BEAUTY

TAJUK : THE CURSE OF SLEPPING BEAUTY

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Fantasi / Misteri / Ngeri

PELAKUN UTAMA : Ethan Peck, India Eisley, Natalie Hall

PENGARAH : Pearry Reginald Teo

SINOPSIS : Thomas Kaiser telah mewarisi sebuah rumah agam nenek moyang sejak lama dahulu. Dia kemudian mendapat tahu yang dia juga mewarisi sumpahan purba sejak era Crusades. Sekarang, dia terpaksa menjadi `pelindung` baru di mana dia perlu memastikan kesemua syaitan dan hantu berada di rumah itu. Thomas perlu merungkai misteri rumah dan pada masa sama mencari jalan untuk menyedarkan Briar Rose, yang terperangkap di dunia bawah tanah yang mana dia pernah melihatnya dalam mimpi.

KATEGORI : TIDAK DILULUSKAN

DURASI : 01 Jam 29 Min

TAYANG : 22 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

A MONSTER CALLS

TAJUK : A MONSTER CALLS

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Drama / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Lewis MacDougall, Liam Neeson, Felicity Jones, Sigourney Weaver, Toby Kebbell, Geraldine Chaplin

PENGARAH : Juan Antonio Bayona

SINOPSIS : Setiap malam, seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Conor sering dilawati oleh Monster, iaitu sebuah pokok cemara di belakang rumahnya yang bertukar menjadi makhluk menakutkan pada waktu tengah malam. Ia memberi amaran kepada Conor yang dia akan menceritakan tiga kisah dan sebagai balasan dia mahukan sesuatu daripada budak itu. Malam-malam Conor sangat menakutkan tetapi pada waktu siang juga tidak baik. Kesihatan ibunya semakin tenat, manakala dia pula sering menjadi mangsa buli di sekolah.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 48 Min

TAYANG : 05 Januari 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 19, 2016

RAILROAD TIGERS

TAJUK : RAILROAD TIGERS

BAHASA : MANDARIN (CHINA)

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Aksi

PELAKUN UTAMA : Jackie Chan, Huang Zitao, Wang Kai, Darren Wang

PENGARAH : Ding Sheng

SINOPSIS : Jackie Chan kembali dengan filem baru yang mana dia berlakon sebagai pekerja landasan keretapi pada tahun 1941 di China, yang mengetuai pasukan kebebasan menentang pihak Jepun. Menggunakan pengetahuan mengenai perhubungan keretapi, mereka menyerang hendap pasukan Jepun dan mencuri makanan dan memberi kepada rakyat China yang kebuluran.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 45 Min

TAYANG : 29 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

ASSASSIN'S CREED

TAJUK : ASSASSIN'S CREED

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : 2OTH CENTURY FOX

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fantasi

PELAKUN UTAMA : Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons, Brendan Gleeson

PENGARAH : Justin Kurzel

SINOPSIS : Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus". Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh. Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 20 Min

TAYANG : 22 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 13, 2016

STAR WARS: ROGUE ONE

TAJUK : STAR WARS: ROGUE ONE

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : WALT DISNEY PICTURES

GENRE : Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Felicity Jones, Diego Luna, Riz Ahmed, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen

PENGARAH : Gareth Edwards

SINOPSIS : Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 02 Jam 13 Min

TAYANG : 15 Disember 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Monday, December 12, 2016

BO-PENG

TAJUK : BO-PENG

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : PENCIL PICTURES SDN. BHD

GENRE : Komedi

PELAKUN UTAMA : Nabil Ahmad, Johan As'ari, Zulin Aziz, Fauzi Nawawi, Soffi Jikan

PENGARAH : Helmi Yusof

SINOPSIS : Bo dan Peng adalah dua sahabat baik yang bekerja di sebuah restoran makanan segera. Satu hari, pelanggan tetap bernama Mira Idora Senrose yang mempunyai hubungan dengan Peng telah menghubunginya memberitahu yang dia sedang diekori. Dia kemudian telah diculik dan menyaksikan satu pembunuhan kejam oleh penculiknya ketika dalam perjalanan ke tempat persembunyian. Dengan bantuan polis, Bo dan Peng memulakan misi untuk menyelamatkan Mira.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 25 Min

TAYANG : 22 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Friday, December 9, 2016

KIMI NO NA WA (YOUR NAME)

TAJUK : KIMI NO NA WA (YOUR NAME)

BAHASA : JEPUN

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Anime

PELAKUN UTAMA : Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi, Ryo Narita

PENGARAH : Makoto Shinkai

SINOPSIS : Dua pelajar sekolah tinggi tidak pernah bertemu dan tinggal di tempat berbeza di Jepun. Mitsuha pelajar perempuan sekolah tinggi yang bosan tinggal di pinggir bandar dan mahu pergi ke bandar. Taki pula pelajar yang tinggal di Tokyo yang berminat dalam seni dan landskap arkitek. Satu hari, Mitsuha bangun dalam tubuh seorang lelaki dan percaya dia bermimpi. Pada keesokan harinya, dia kembali normal dan mendapat tahu daripada rakannya yang dia berkelakuan pelik. Pada satu hari, dia mendapati dirinya sekali lagi bangun dalam tubuh seorang lelaki dan selepas beberapa siri kejadian dia mendapati dirinya dan Taki telah kerap bertukar tubuh. Mereka cuba mencari sebab misteri di sebalik pertukaran tubuh dan kemudian mendapati ada sebab yang mampu mengubah hidup mereka.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 47 Min

TAYANG : 08 Disember 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

Wednesday, December 7, 2016

THE DISSAPOINTMENTS ROOM

TAJUK : THE DISSAPOINTMENTS ROOM

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Ngeri / Drama

PELAKUN UTAMA : Kate Beckinsale, Lucas Till, Gerald McRaney

PENGARAH : D.J. Caruso

SINOPSIS : Dana dan David bersama anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun cuba untuk mencari hidup baru. Mereka telah berpindah ke sebuah rumah lama yang cantik di kawasan pedalaman dan rumah tersebut menepati cita rasa rumah impian mereka. Tetapi perkara menjadi buruk apabila Dana menemui bilik rahsia di loteng. Dia kemudian menjumpai sebatang kunci, yang telah lama hilang, ke bilik tersebut. Dia secara tidak sengaja telah membuka dan melepaskan sesuatu menyeramkan, yang mendedahkan tentang masa lampau rumah itu yang menakutkan.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 35 Min

TAYANG : 08 Disember 2016

PANGGUNG : The Arena Cineplex

TRAILER :

Tuesday, December 6, 2016

HAUNTED HOUSE

TAJUK : HAUNTED HOUSE

BAHASA : THAILAND

EDARAN : RAM ENTERTAINMENT

GENRE : Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA : Supathat Opas, Ingkarat Damrongsakkul, Suchart Chankaeo, Chayanat Jamsai, Punada Vosbein, Arpa Pawilai

PENGARAH : Manussanun Pongsuwan

SINOPSIS : Pada hari orientasi, sekumpulan pelajar telah ponteng kelas. Mereka kemudian berkumpul dan mula bercerita mengenai cerita hantu dan cuba menakutkan sesama mereka. Apabila satu satu karakter dari cerita itu bertukar menjadi realiti, hantu tersebut telah muncul untuk memburu pelajar yang mana membuatkan sekolah itu tidak lagi selamat.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 15 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

Monday, December 5, 2016

MIDNIGHT UNIVERSITY

TAJUK : MIDNIGHT UNIVERSITY

BAHASA : THAILAND

EDARAN : GSC MOVIES

GENRE : Seram

PELAKUN UTAMA : Rasri Balenciaga, Toni Rakkaen, Boriboon Chanrueng

PENGARAH : Kritsada Kaniwichaporn, Piyabutr Apisuk, Kanin Kulsumitrawong

SINOPSIS : Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan ada sebuah universiti yang mempunyai kelas yang dipenuhi dengan roh-roh pelajar yang mati sebelum mereka sempat menamatkan pengajian. Mahu membantu roh-roh tersebut, satu kelas istimewa telah diwujudkan supaya kesemua roh-roh itu dapat menamatkan pengajian dan pergi ke syurga. Tetapi lebih banyak roh mendaftarkan diri ke kelas tersebut dan tiada seorang pun guru yang berani untuk mengajar mereka. Perkara menjadi lebih pelik dan lucu apabila enam pelajar manusia mendaftar masuk ke kelas tersebut.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 54 Min

TAYANG : 08 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

SING

TAJUK : SING

BAHASA : INGGERIS (USA)

EDARAN : UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE : Animasi / Komedi / Muzikal

PELAKUN UTAMAMatthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson

PENGARAH : Garth Jennings

SINOPSIS : Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.A

KATEGORI : UNRATED

DURASI : 01 Jam 48 Min

TAYANG : 08 Disember 2016

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :