Tuesday, November 27, 2018

ZOMBIEPURA

TAJUK: ZOMBIEPURA

BAHASA: INGGERIS / MANDARIN (SINGAPURA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE:  Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA: Alaric Tay, Benjamin Heng

PENGARAH: Jacen Tan

SINOPSIS: Wabak virus yang telah tersebar di sebuah kem askar terpencil telah menyebabkan ramai manusia bertukar menjadi zombi. Seorang askar pemalas dan komandernya yang tegas merupakan antara yang masih terselamat dari virus itu dan kini mereka perlu bekerjasama untuk melarikan diri dari kem tersebut.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 22 Minit

TAYANG: 6 Disember 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

THE TAG ALONG: DEVIL FISH

TAJUK: THE TAG ALONG: DEVIL FISH

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Vivian Hsu, Jen Shuo Cheng

PENGARAH: David Chuang

SINOPSIS: Seorang dukun telah dipanggil untuk membuang hantu yang menghuni sebuah rumah. Dia telah memerangkap hantu dari rumah itu dalam seekor ikan dan rumah itu kembali aman. Pada satu musim panas, sekumpulan kanak-kanak pergi memancing di sungai ketika cuti sekolah. Mereka tidak menyedari yang mereka telah menangkap ikan syaitan yang digunakan oleh dukun itu. Sejak dari itu, hantu dalam ikan itu kembali bebas ke dunia dan mula mengganas.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 55 Minit

TAYANG: 29 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Sunday, November 25, 2018

THE HOUSE WITH A CLOCK ON ITS WALL

TAJUK: THE HOUSE WITH A CLOCK ON ITS WALL

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: Fantasi / Seram / Misteri

PELAKUN UTAMA: Jack Black, Cate Blanchett, Kyle MacLachlan, Owen Vaccaro, Colleen Camp

PENGARAH: Eli Roth

SINOPSIS: Budak lelaki berusia 10 tahun, Lewis Barnavelt, telah dihantar ke Michigan untuk tinggal dengan pak ciknya, Jonathan Barnavelt, selepas kematian ibu bapanya. Lewis mendapat tahu bahawa pak ciknya adalah `warlock` dan mengikutnya ke dunia ahli sihir dan magik. Sementara itu, ahli sihir jahat Isaac Izard cuba membawa Apocalypse terhadap dunia dengan mencipta jam magik yang dipenuhi dengan sihir hitam. Sebelum dia mati, dia berjaya menyembunyikan jam itu di dalam dinding rumah yang kini didiami oleh Jonathan. Kini Lewis dan pak ciknya perlu mencari jam itu dan menghentikan kemusnahan dunia.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 45 Minit

TAYANG: 29 November 2018

PANGGUNG: The Empire Cineplex

TRAILER:

Sunday, November 18, 2018

THE POSSESSION OF HANNAH GRACE

TAJUK: THE POSSESSION OF HANNAH GRACE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Shay Mitchell, Stana Katic, Grey Damon

PENGARAH: Diederik Van Rooijen

SINOPSIS: Seorang polis bermasalah baru sahaja keluar dari pusat pemilihan dan bekerja syif malam di rumah mayat di sebuah hospital. Satu hari mayat mangsa pembunuhan kejam tiba di sana. Selepas ketibaan mayat itu, polis itu mula menyaksikan kejadian aneh dan ganas di sekelilingnya. Dia kemudian mendapat tahu yang entiti jahat berada dalam mayat itu.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 26 Minit

TAYANG: 29 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RALPH BREAKS THE INTERNET

TAJUK: RALPH BREAKS THE INTERNET

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: WALT DISNEY PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Animasi / Komedi

PELAKUN UTAMA: John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch, Gal Gadot

PENGARAH: Rich Moore, Phil Johnston

SINOPSIS: Filem ini adalah kesinambungan selepas enam tahun dari kejadian "Wreck-It-Ralph". Kini Ralph dan Vanellope dan rakan-rakan mereka terjebak dalam satu lagi pengembaraan apabila mereka menemui router wi-fi di dalam arked mereka.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 54 Minit

TAYANG: 22 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, November 16, 2018

POLIS EVO 2

TAJUK: POLIS EVO 2

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: ASTRO SHAW

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen

PENGARAH: Joel Soh, Andre Chiew

SINOPSIS: Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 5 Minit

TAYANG: 22 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

ROBIN HOOD

TAJUK: ROBIN HOOD

BAHASA: INGGERIS (UK / USA)

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Aksi

PELAKUN UTAMA: Taron Egerton, Eve Hewson, Jamie Dornan, Jamie Foxx

PENGARAH: Otto Bathurst

SINOPSIS: Terkenal dengan merompak orang kaya dan memberi kepada yang miskin, seorang pejuang yang dikenali sebagai Robin Hood bergabung dengan komander Moorish untuk menentang tahkta Inggeris yang korup.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 55 Minit

TAYANG: 22 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Wednesday, November 14, 2018

KONPAKU

TAJUK: KONPAKU

BAHASA: MELAYU / INGGERIS (SINGAPURA)

EDARAN: WHITE SCREEN CINEMA

GENRE: Seram  / Romantik

PELAKUN UTAMA: Lizzie V, Junaidi Sali, Kamariah Osman

PENGARAH: Remi M Sali

SINOPSIS: Haqim kesepian, selepas kecurangan temanitanya dengan rakan karibnya sendiri. Apabila Haqim bertemu dengan Midori, seorang wanita Jepun, perasaan cinta bertunas kembali. Kecurigaan berputik apabila kejadian aneh menimpa mereka yang dekat dengannya. Haqim terpaksa bergelut dengan hakikat bahawa cinta Midori memerlukan
bayaran lebih bernilai daripada nyawa. Bermakna 'Roh' dalam bahasa Jepun, KONPAKU mencabar konsep cinta, dalam batasan iman dan seksualiti seseorang.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 48 Minit

TAYANG: 15 November 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

SIGN OF RAIN FLOWER

TAJUK: SIGN OF RAIN FLOWER

BAHASA: MYANMBAR

EDARAN: WHITE SCREEN CINEMA

GENRE: Drama

PELAKUN UTAMA: Han Lin Thant, May Myint Mo, Chu Lay, Yan Aung, Ye` Aung,
Aung Khaing, Soe Myat Thuzar, May Thinzar Oo, War War Aung

PENGARAH: Ko Pauk

SINOPSIS: Awzar, Cho Myein dan Moe Pan Pwint (Rain Flower) adalah tiga rakan seangkatan di sebuah universiti. Semasa dalam acara perkelahan sekolah, Awzar yang periang dan nakal menjalin hubungan dengan Moe Pan Pwant seorang yang malu dan sangat bangga akan hubungan tersebut. Hubungan mereka telah berakhir apabila Awzar mengambil bahagian dalam pergerakan politik yang dimulakan oleh para rahib, dia tidak mendengar nasihat dari Moe Pan Pwint's atas tindakannya. Selepas itu Awzar terpaksa pergi ke keluar negara untuk bekerja sebagai pelaut untuk menyara keluarganya, setelah kematian bapanya yang secara tiba-tiba. Dalam pengetahuannya, Moe Pan Pwint akan menikahi lelaki yang telah dijodohkan oleh ibunya. Setelah beberapa tahun kemudian, Awzarpun kembali. Dia masih berhubung dengan Cho Myein. Awzar akhirnya mengaku masih mencintai Moe Pan Pwant kepada Cho Myein dan berhasrat untuk mengahwininya, Cho Myein memberitahu dia tentang nasib Moe Pan Pwint, yang tidak disangka-sangka. Kerana Cho Myein dan merasa simpati, Awzar cuba yang terbaik untuk menyelamatkan Moe Pan Pwint dari keadaannya.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 51 Minit

TAYANG: 15 November 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

Monday, November 12, 2018

TO LOVE SOMEBODY

TAJUK: TO LOVE SOMEBODY

BAHASA: TAGALOG

EDARAN: ABS-CBN

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Maja Salvador, Zanjoe Marudo, Donny Pangilinan

PENGARAH: Jason Paul Laxamana

SINOPSIS: Setelah lebih satu dekad, rakan sekelas semasa di kolej FAITH (Maja Salvador) dan JULIUS (Zanjoe Marudo) bertemu lagi, dan dari acara reunion itu mereka kelihatan canggung namun persahabatan semakin terjalin. Apabila persahabatan mereka semakin mendalam, begitu pula perasaan mereka untuk satu sama lain - membawa mereka untuk mencuba dalam perhubungan percintaan. Tetapi perhubungan mereka diuji dengan masalah yang tak terduga yang berkait dengan hubungan percintaan.

Faith dan Julius menempuh perjalanan di mana akhirnya mereka memahami kadang-kadang, memilih untuk terikat kepada seseorang adalah bererti memilih untuk membangun bersama. Kisah ini merupakan anatomi bagaimana rakan-rakan berubah menjadi pasangan kekasih - kesilapan yang kita lakukan dan pelajaran yang kita dapat pelajari daripadanya.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 15 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD

TAJUK: FANTASTIC BEASTS: THE CRIMES OF GRINDELWALD

BAHASA: INGGERIS (UK / USA)

EDARAN: WARNER BROS. PICTURES

GENRE: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi

PELAKUN UTAMA: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, Ezra Miller, Johnny Depp, Jude Law, Zoe Kravitz

PENGARAH: David Yates

SINOPSIS: Ahli sihir hitam berkuasa Gellert Grindelwald melarikan diri dari MACUSA (Kongres Magik Amerika Syarikat) dan sedang mengumpul pengikut. Grindelwald merancang untuk mengumpulkan ahli sihir dari darah-asli untuk menguasai dunia bukan magik. Untuk menghalang rancangan Grindelwald, Albus Dumbledore bekerjasama dengan bekas pelajarnya Newt Scamander untuk menumpaskannya. Newt bersetuju tanpa mengetahui bahaya yang bakal datang. Dunia ahli sihir menjadi huru-hara dan kesetiaan keluarga dan rakan diuji.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 14 Minit

TAYANG: 15 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Friday, November 9, 2018

RANGGAU

TAJUK: RANGGAU

BAHASA: MELAYU (BRUNEI)

EDARAN: QD'ROSES VISION PRODUCTION

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA:  Hj Firdaus, Hj Shamri, Suzana, Diana, Nysa, Ibnue, Hassnol, Shah, Rina, Taufiq Elyas

PENGARAH: Roslee HM

SINOPSIS: Mengisahkan 2 zaman, lampau dan sekarang, seorang pengamal ilmu hitam yg memelihara ranggau utk kepentingan sendiri dan kepuasan hingga menggorbankan ahli keluarga sendiri dan menakutkan orang sekeliling, sehingga ianya berlanjutan ke zaman sekarang masih menghantui anak bungsunya dan keluarga Denny. Ahirnya ianya dapat diselamatkan oleh seorang ustaz dan memusnahkannya, dan memberikan pengajaran tentang keburukkan menuntut ilmu syirik ini.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: November 2018

PANGGUNG: White Screen Cinema

TRAILER:

Wednesday, November 7, 2018

BHAIRE

TAJUK: BHAIRE

BAHASA: NEPALI

EDARAN: NEPALAYA CINEMA INTERNATIONAL

GENRE: Drama / Komedi

PELAKUN UTAMA:  Dayahang Rai , Barsha Shivakoti , Surakshya Panta

PENGARAH: Everest Surya Bohara

SINOPSIS: Bhaire mengisahkan tentang generasi masa kini, terutamanya drama keluarga / epik sosial. Ia melibatkan pelakon utama Bhaire sendiri (DayaHang Rai) keluarganya (Ayah oleh Sunil Thapa, Ibu oleh Sabita Gurung) dan rakan-rakan zaman kanak-kanaknya Buddhi Tamang, Bikrant Basnet, Surakshya Panta Barsha Shiwakoti dan lain-lain. Ianya bersangkutan tentang kehidupan dan mencari definisi cinta, perjuangan, penjagaan, konflik dan harapan.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 2 Jam 18 Minit

TAYANG: 8 November 2018

PANGGUNG: PSB Cineplex, Seria

TRAILER:

Tuesday, November 6, 2018

KAFIR

TAJUK: KAFIR

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Putri Ayudya, Sujiwo Tejo, Indah Permatasari

PENGARAH: Azhar Kinoi Lubis

SINOPSIS: Roh yang tidak diketahui mula menghantui sebuah keluarga selepas kematian mengejut bapa mereka. Si ibu mula berkelakuan aneh dan sering ketakutan. Mereka perlu mencari jalan untuk menyelamatkan ibu mereka supaya dia tidak ditimpa nasib yang sama seperti bapa mereka.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 38 Minit

TAYANG: 8 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

RASUK

TAJUK: RASUK

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENTS

GENRE: Seram

PELAKUN UTAMA: Shandy Aulia, Miller Khan, Denira Wiraguna, Gabriella Desta

PENGARAH: Ubay Fox

SINOPSIS: Dibenci oleh ibunya, yang menyalahkannya atas kematian bapanya, Langgir Janaka berasa cemburu dengan kehidupan rakan-rakan baiknya yang dianggapnya mempunyai kehidupan sempurna. Satu hari, dia dan rakannya pergi bercuti di sebuah villa. Persahabatan mereka diuji apabila lelaki idaman Langgir, yang kini merupakan teman lelaki salah seorang rakan baiknya, turut serta bersama. Berasa cemburu, Langgir ambil keputusan untuk meninggalkan rakannya. Dia kemudian bertembung dengan sesuatu yang menyeramkan yang bukan sahaja mengancam nyawanya, tetapi juga nyawa rakan-rakan dan keluarganya.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 31 Minit

TAYANG: 8 November 2018

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

Monday, November 5, 2018

THUGS OF HINDUSTAN

TAJUK: THUGS OF HINDUSTAN

BAHASA: HINDUSTAN (INDIA)

EDARAN: YAS RAJ FILMS

GENRE: Aksi / Pengembaraan

PELAKUN UTAMA: Katrina Kaif, Aamir Khan, Amitabh Bachchan

PENGARAH: Park Jun Soo

SINOPSIS: Vijay Krishna Acharya (penulis), pengarang YRF blockbuster DHOOM 3, bersatu sekali lagi dengan Aamir Khan dalam filem THUGS OF HINDUSTAN bersama dengan Amitabh Bachchan untuk memberikan kepuasan yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan pengalaman yang lebih besar dalam pembuatan filem sebelum ini. Filem YRF ini memegang sangat double bonanza iaitu dengan menampilkan bersama Amitabh Bachchan dan Aamir Khan untuk pertama kalinya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 2 Jam 45 Minit

TAYANG: 8 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Sunday, November 4, 2018

BURN THE STAGE THE MOVIE

TAJUK: BURN THE STAGE THE MOVIE

BAHASA: KOREA

EDARAN: GSC MOVIES

GENRE: Konsert / Muzikal

PELAKUN UTAMA: RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, Jungkook

PENGARAH: Park Jun Soo

SINOPSIS: Filem pertama kumpulan BTS dari Korea ini memaparkan rakaman eksklusif daripada "2017 BTS Live Trilogy Episode III The Wings Tour" mereka, termasuk klip di sebalik tabir dan temubual dengan setiap ahli kumpulan.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 23 Minit

TAYANG: 15 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

THE GIRL IN THE SPIDER'S WEB

TAJUK: THE GIRL IN THE SPIDER'S WEB

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: Jenayah / Drama / Ngeri

PELAKUN UTAMA: Claire Foy, Sverrir Gudnason, Sylvia Hoeks, Claes Bang

PENGARAH: Federico Alvarez

SINOPSIS: Sekuel kepada filem "The Girl with the Dragon Tattoo" ( 2011) ini menyaksikan gadis penggodam Lisbeth Salander dan wartawan Mikael Blomkvist terperangkap dalam rangkaian pengintip, penjenayah siber dan pegawai kerajaan yang korup.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 1 Jam 55 Min

TAYANG: 06 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

Friday, November 2, 2018

BOHEMIAN RHAPSODY

TAJUK: BOHEMIAN RHAPSODY

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: 20TH CENTURY FOX

GENRE: Biografi / Drama / Muzikal

PELAKUN UTAMA: Rami Malek, Ben Hardy, Gwilym Lee, Joseph Mazzello, Allen Leech, Lucy Boynton

PENGARAH: Bryan Singer

SINOPSIS: Berdasarkan kisah kehidupan lagenda rock British, Queen, filem ini memaparkan kisah hidup kumpulan itu selama 15 tahun lalu sejak dari penubuhan kumpulan itu sehingga persembahan mereka pada konsert Live Aid di 1985. Filem ini turut menampilkan Freddie Mercury, penyanyi utama kumpulan itu yang meninggal dunia pada 1991.

KATEGORI: "18" - Sesuai untuk penonton dewasa yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI: 2 Jam 15 Min

TAYANG: 08 November 2018

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER: