Sunday, July 12, 2015

SUAMIKU JATUH DARI LANGIT

TAJUK : SUAMIKU JATUH DARI LANGIT

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : METROWEALTH

GENRE : Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Nora Danish, Qi Razali, Syuk SYJ, Atikah Suhaimie

PENGARAH : Eyra Rahman

SINOPSIS :  Filem ini mengisahkan seorang gadis kampung bernama Asyikin (Nora Danish) yang merupakan anak kepada ketua kampung yang tegas, Pak Bidin (Kaza). Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin dididik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji. Manakala Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) pula  merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka mengganggu gadis-gadis di kampung mereka. Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri. Namun dia tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin, manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 35 Minit

TAYANG : 18 Julai 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment