Friday, December 9, 2016

KIMI NO NA WA (YOUR NAME)

TAJUK : KIMI NO NA WA (YOUR NAME)

BAHASA : JEPUN

EDARAN : ATRINAGA SDN BHD

GENRE : Anime

PELAKUN UTAMA : Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi, Ryo Narita

PENGARAH : Makoto Shinkai

SINOPSIS : Dua pelajar sekolah tinggi tidak pernah bertemu dan tinggal di tempat berbeza di Jepun. Mitsuha pelajar perempuan sekolah tinggi yang bosan tinggal di pinggir bandar dan mahu pergi ke bandar. Taki pula pelajar yang tinggal di Tokyo yang berminat dalam seni dan landskap arkitek. Satu hari, Mitsuha bangun dalam tubuh seorang lelaki dan percaya dia bermimpi. Pada keesokan harinya, dia kembali normal dan mendapat tahu daripada rakannya yang dia berkelakuan pelik. Pada satu hari, dia mendapati dirinya sekali lagi bangun dalam tubuh seorang lelaki dan selepas beberapa siri kejadian dia mendapati dirinya dan Taki telah kerap bertukar tubuh. Mereka cuba mencari sebab misteri di sebalik pertukaran tubuh dan kemudian mendapati ada sebab yang mampu mengubah hidup mereka.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 01 Jam 47 Min

TAYANG : 08 Disember 2016

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment