Tuesday, May 16, 2017

DEALER / HEALER

TAJUK : DEALER / HEALER

BAHASA : KANTONIS (CHINA)

EDARAN : MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Drama

PELAKUN UTAMA : Lau Ching Wan, Gordon Lam, Jiang Yiyan, Louis Koo

PENGARAH : Lawrence Ah Mon

SINOPSIS : Ketika tahun 1960an-70an di Hong Kong, kongsi gelap dan anggota polis korup menguasai bandar, ia merupakan zaman kegemilangan bagi Chan Wah, seorang yang angkuh dan digelar sebagai ketua kumpulan `Thirteen Naughty Children of Tsz Wan Shan`. Dia kemudian telah bertemu cinta hatinya Ho-yau dan sering menghabiskan masa bersama wanita itu. Bagaimanapun keadaan bertukar apabila dia dipenjara atas kesalahan kegiatan mengedar dadah. Selepas dibebaskan dari penjara, Chan mengambil keputusan untuk berubah dan memulakan hidup baru. Dia bukan sahaja membantu belia untuk keluar dari najis dadah, tetapi juga berjaya menerima anugerah salah seorang `Ten Outstanding Young Persons of Hong Kong`. Satu hari ketika menghadiri syarahan pemulihan dadah di Jepun, Chan bertemu semula dengan Ho-yau dan mahu kembali bersamanya.

KATEGORI : "D" - Sesuai untuk tontonan orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

DURASI : 1 Jam 41 Minit

TAYANG : 18 Mei 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment