Tuesday, October 3, 2017

I'M NOT A TERRORIST

TAJUK : I'M NOT A TERRORIST

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : WHITE MERPATI ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE : Aksi / Romantik

PELAKUN UTAMA : Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe

PENGARAH : Arjin Uppal

SINOPSIS : Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 50 Min

TAYANG : 5 Oktober 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

1 comment:

  1. Salam Bro Dee!!

    Wish that I knew about your blog before, ani pun stumbled upon. Byk nya movie yg blum ku liat. Great blog you've got there!!

    ReplyDelete