Monday, December 18, 2017

BROTHERHOOD

TAJUK : BROTHERHOOD

BAHASA : KANTONIS (MALAYSIA)

EDARAN: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD

GENRE :  Aksi / Komedi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA : Eric Lin, Bernard Hiew, Hanz Koay, Sky Kang, January So, Sherlyn Seo

PENGARAH : Silver

SINOPSIS : 12 tahun sebelum cerita utama bermula, lima rakan yang membesar bersama di rumah anak yatim merancang satu rompakan bersenjata di sebuah kedai emas. Kelima-lima mereka adalah Ah Tak (ketua), Gang Gou (adik Ah Tak), Goh Wong, Ah Cai dan Wan Zai. Ketika rompakan dilakukan, mereka bertembung dengan polis dan berbalas tembakan. Ketika kekecohan itu berlaku, seorang wanita hamil secara tidak sengaja terkena tembakan. Ah Tak yang menyesal meletakkan senjata dan menyerah diri. Walaupun terkejut dengan tindakannya, kesemua mereka turut menyerah diri kecuali Wah Zai yang merupakan pemandu yang berjaya melarikan diri. 12 tahun kemudian, Ah Tak dan yang lain dibebaskan dari penjara dan mereka mendapat tahu yang Wah Zai menjadi seorang ahli perniagaan kaya selepas menggunakan emas yang mereka rompak dahulu. Kini mereka merancang untuk membalas dendam.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI :

TAYANG : 22 Disember 2017

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment