Wednesday, November 13, 2019

CODE 8

TAJUK: CODE 8

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: MEGA FILMS DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Fiksyen Sains

PELAKUN UTAMA: Robbie Amell, Stephen Amell, Sung Kang, Alex Mallari Jr

PENGARAH: Jeff Chan

SINOPSIS: Berlatarbelakangkan sebuah dunia di mana empat peratus daripada populasi dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Namun, golongan itu berdepan diskriminasi dan hidup dalam kemiskinan, yang membawa kepada perbuatan jenayah. Demi membiayai kos perubatan ibunya yang sakit, Connor Reed yang mempunyai kuasa istimewa, bekerja sebagai seorang buruh sehinggalah dia terjebak dengan dunia jenayah yang menguntungkan. Dia telah dipengaruhi oleh Garret, orang bawahan kepada Marcus Sutcliffe, iaitu raja dadah yang memerintah Bandar Lincoln. Dalam pada dia cuba mempertingkatkan kuasanya untuk melakukan aktiviti jenayah, dia telah menjadi buruan pihak polis yang diketuai oleh Ejen Park dan Ejen Davis.

KATEGORI: 18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

DURASI: 1 Jam 38 Minit

TAYANG: 14 November 2019

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment