Monday, March 4, 2019

MILLY & MAMET

TAJUK: MILLY & MAMET

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: TGV PICTURES

GENRE: Komedi / Romantik

PELAKUN UTAMA: Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Julie Estelle

PENGARAH: Ernest Prakasa

SINOPSIS: Ia adalah kesinambungan dari filem "Ada Apa Dengan Cinta 2" yang berkisarkan mengenai pasangan suami isteri Mamet dan Milly yang kini mempunyai cahaya mata. Mamet mempunyai minat mendalam dalam dunia masakan dan mahu menjadi seorang cef. Bagaimanapun impiannya tidak kesampaian apabila dia terpaksa bekerja di kilang milik bapa mertuanya. Dia kemudian bertemu dengan bekas rakan kuliahnya Alexandra, yang memberitahu dia sudah mempunyai pelabur untuk membuka sebuah restoran yang pernah mereka inginkan sebelum ini. Pada masa yang sama, hubungan Mamet dengan bapa mertuanya semakin keruh apabila kedua-dua mereka sering berselisihan faham.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI:  1 Jam 40 Minit

TAYANG: 7 Mac 2019

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment