Sunday, June 19, 2022

BLACK PHONE


TAJUK: BLACK PHONE

BAHASA: INGGERIS (USA)

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: SERAM

PELAKUNMason Thames, Madeleine McGraw, Jeremy Davies, James Ransone, Ethan Hawke

PENGARAHScott Derrickson

SINOPSISTerdapat kes penculikan beberapa remaja lelaki di kawasan tempat tinggal Finney Shaw, seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pemalu tetapi bijak. Dia ditipu oleh ahli silap mata dan kemudian diculik dan dikurung dalam bilik bawah tanah yang kalis suara. Hanya ada telefon hitam lama yang tersangkut di dinding dengan wayar yang sudah lama terputus. Anehnya, telefon itu boleh berdering dan setiap kali Finney mengangkat telefon itu, dia terdengar suara budak lelaki mengarahkannya untuk melarikan diri daripada penculiknya yang kejam itu. Ternyata semua suara yang memanggilnya adalah suara mangsa-mangsa penculikan yang hilang di kawasan itu. Roh mangsa penculikan itu memberikan petunjuk supaya Finney dapat melarikan diri daripada cengkaman penculik dan pembunuh kejam itu.

KATEGORI"18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. (X)(LDP)

DURASI: 1 Jam 43 Min

TAYANG: 23 Jun 2022

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment