Friday, December 22, 2023

SAYU YANG SYUKUR

 


TAJUK: SAYU YANG SYUKUR

BAHASAMELAYU

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTION

GENRE: DRAMA / ROMANTIK

PELAKUN: Aaron Aziz, Nora Danish, Arja Lee, Fairie Khalil, Ahmad Tarmimi Siregar, Raja Ema, Gya Natasha, A. R. Badul

PENGARAH: Aaron Aziz

SINOPSISKepulangan Liyana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah titik mula kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar tayar yang terjatuh dari lori ketika hujan lebat mencurah. Secara kebetulan Qudaim (Aaron Aziz) dan Adam menyedari kereta Liyana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang. Adam mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liyana. Bagai jatuh di timpa tangga, Liyana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan air khayal telah dibawa ke sebuah resort maka terjadilah perkara yang memilukan.

Di pejabat Liyana merasa sayu dan buntu kerana selama ini dia adalah individu yang bertanggungjawab membantu dan menasihatkan mangsa-mangsa rogol, tetapi kini situasi itu berlaku pula kepadanya. Tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan muncul di kepala andainya dia disahkan hamil. Nama keluarga di kampung, maruah Yayasan dan nama baiknya pasti tercemar jika laporan polis dibuat dan berita dinodai diketahui. Jefri (Arja Lee) rakan sepejabat yang selama ini menaruh hati kepadanya pula tetap sabar menagih cinta Liyana tetapi Liyana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri.

Mampukah hati Liyana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang akan berlaku di antara mereka?

KATEGORI: "13" - Sesuai Untuk Tontonan Penonton Berusia 13 Tahun Ke Atas dan Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Ke Bawah Hendaklah Ditemani Oleh Penjaga Dewasa. (LDP)(A/PG)

DURASI: 1 Jam 31 Min

TAYANG: 28 DISEMBER 2023

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:




No comments:

Post a Comment