Sunday, September 13, 2026

FORGOTTEN ISLAND


 

TAJUK: FORGOTTEN ISLAND

BAHASA: INGGERIS

NEGARA: USA

SARIKATA: MELAYU / CINA

EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES

GENRE: PENGEMBARAAN / ANIMASI / KOMEDI

PELAKUN: H.E.R., Liza Soberano, Dave Franco, Lea Salonga, Jenny Slate

PENGARAH:  Januel Mercado, Joel Crawford

SINOPSIS: Jo dan Raissa, yang baru sahaja menamatkan persekolahan menengah, telah bersahabat baik sejak zaman sekolah rendah namun kini bakal menempuh haluan hidup yang berbeza. Ketika meraikan malam terakhir mereka bersama, mereka secara tidak sengaja menemui sebuah portal misteri yang membawa mereka ke pulau fantasi Nakali—sebuah tempat yang dipenuhi makhluk ajaib dan mitos yang sering mereka dengar kisahnya daripada keluarga berketurunan Filipina mereka. Di sana, ada yang akan menjadi kawan dan ada pula yang menjadi lawan. Mereka terpaksa berdepan dengan Manananggal yang digeruni, iaitu makhluk paling menakutkan di pulau itu. Apabila mengetahui bahawa harga yang perlu dibayar untuk pulang ke pangkuan keluarga ialah kehilangan segala kenangan persahabatan mereka, Jo dan Raissa berlumba dengan masa untuk mencari jalan keluar dari pulau itu sebelum mereka melupakan satu sama lain buat selama-lamanya.

KATEGORI: UNRATED

DURASI: 1 Jam 49 Minit

TAYANG: 24 SEPT 2026

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:


No comments:

Post a Comment