TAJUK: BHOOT: THE HAUNTED SHIP BAHASA: HINDI (INDIA) EDARAN: SURAYA FILEM GENRE: Drama / Seram PELAKUNUTAMA: Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Ashutosh Rana, Siddhanth Kapoor PENGARAH: Bhanu Pratap Singh SINOPSIS: Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Bombay. Pegawai perkapalan Sumit Desai perlu menyelamatkan gadis yang dipercayai berada di dalam Sea Bird, sebuah kapal terbiar di tepi pantai. Walau bagaimanapun, dia mendapati dirinya kini terperangkap dalam kapal itu dan mula diganggu kejadian-kejadian aneh. KATEGORI: "18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. DURASI: 2 Jam 30 Min TAYANG: 21 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: ONWARD BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Animasi PELAKUNUTAMA: Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer PENGARAH: Dan Scanlon SINOPSIS: Ian dan Barley Lightfoot merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia. Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 43 Min TAYANG: 05 Mac 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE INVISIBLE MAN BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: UNITED INTERNATIONAL PICTURES GENRE: Ngeri PELAKUNUTAMA: Elisabeth Moss, Oliver Jackson-Cohen, Aldis Hodge, Storm Reid, Harriet Dyer PENGARAH: Leigh Whannell SINOPSIS: Dengan bantuan adiknya serta rakan mereka sejak kecil, Cecilia Kass menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam5 Min TAYANG: 05 Mac 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: RASUK 2 BAHASA: INDONESIA EDARAN: ANTENNA ENTERTAINMENT GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Nikita Willy, Achmad Megantara, Asri Welas, Raquel Katie Larkin PENGARAH: Rizal Mantovani SINOPSIS: Isabella merupakan pelajar perubatan yang dikurniakan deria keenam tapi dia tidak pedulikannya kerana dia mahu hidup secara normal. Sebagai salah satu tugasan latihan industri, dia perlu melakukan bedah siasat terhadap mayat wanita yang tidak mempunyai identiti. Malangnya, sejak dari itu dia mendapati dirinya diekori roh wanita tersebut, menyebabkan persahabatan dan pembelajarannya terganggu. Pada mulanya hanya kakaknya, Fransisca Inggrid, yang memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya tetapi dalam usaha untuk melepaskan diri daripada gangguan itu, dia bertemu dengan Radja yang turut memahami situasinya. Dia kemudiannya mendapati misteri kematian wanita itu mula terungkai sedikit demi sedikit. Kini, walaupun nyawanya dalam bahaya, dia mengambil keputusan untuk membantu roh wanita itu. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 35 Min TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: THE CLOSET BAHASA: KOREA EDARAN: GSC MOVIES GENRE: Seram PELAKUN UTAMA: Kim Nam-Gil, Ha Jung-Woo, Heo Yool PENGARAH: Kim Kwang-Bin SINOPSIS: Sang-Won berpindah ke rumah baru dengan anak perempuannya Yi-Na, bagi cuba memperbaiki hubungan mereka yang semakin janggal selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Namun, usahanya untuk mendekati Yi-Na tidak semudah yang disangka. Dia kemudian melihat Yi-Na semakin ceria, anaknya itu memberitahunya bahawa dia mempunyai rakan baru, tetapi dia juga mula mendapati kelakuan Yi-Na semakin pelik dan mendengar bunyi-bunyi aneh dari almari Yi-Na. Suatu hari, Sang-Won mendapati anaknya telah hilang. Dalam pada dia cuba mencari anaknya itu, seorang lelaki misteri bernama Kyung-Hoon muncul untuk memberi pertolongan dan memberitahu bahawa anaknya berada di dalam almari. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 37 Min TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER:
TAJUK: CALL OF THE WILD BAHASA: INGGERIS (USA) EDARAN: WALT DISNEY PICTURES GENRE: Pengembaraan PELAKUN UTAMA: Harrison Ford, Dan Stevens, Omar Sy, Karen Gillan, Bradley Whitford, Colin Woodell PENGARAH: Chris Sanders SINOPSIS: Berdasarkan novel nukilan Jack London yang sama judul, filem ini berlatarbelakangkan zaman Gold Rush pada tahun 1980-an. Seekor anjing bernama Buck yang tinggal di California dicuri dari rumahnya dan dijual kepada penghantar barang di Yukon, Alaska. Sejak dari itu, dia perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sukar. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 1 Jam 40 Min TAYANG: 20 Februari 2020 PANGGUNG: The Times Cineplex TRAILER:
TAJUK: RATU KALA JENGKING BAHASA: MELAYU (MALAYSIA) EDARAN: SKOP PRODUCTION GENRE: Seram / Romantik PELAKUN UTAMA: Nadia Brian, Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Fauziah Nawi, Firman Siagan PENGARAH: Bade Hj. Azmi SINOPSIS: Satu penyakit misteri mengubah wajah Siti menjadi hodoh, menyebabkan dia dihina dan dipulaukan penduduk kampung, termasuk Awang, lelaki yang dicintainya. Salah seorang rakan baiknya, Mawar, dalam diam berasa senang hati kerana dia juga menyukai Awang tetapi rakan mereka, Teratai, memberi amaran kepada Mawar agar tidak merosakkan persahabatan mereka dengan mengganggu hubungan Siti dan Awang. Setelah dipulaukan oleh hampir semua orang, Siti akhirnya berkawan dengan seorang tukang kayu bernama Nadim. Mawar ingin Siti meninggalkan kampung itu, jadi suatu hari, apabila dia mendapat tahu mengenai Nenek Kebayan di Gunung Panti yang mampu merawat segala penyakit, dia memberitahu Siti tentang perkara itu. Walaupun Teratai cuba menghalangnya, namun Siti nekad untuk ke sana demi menyembuhkan mukanya. KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa. DURASI: 2 Jam TAYANG: 27 Februari 2020 PANGGUNG: The Mall Cineplex TRAILER: