Wednesday, January 15, 2020

LUCKY BLOCKCHAIN

TAJUK: LUCKY BLOCKCHAIN

BAHASA: MANDARIN (TAIWAN)

EDARAN: MEGA FILM DISTRIBUTION SDN BHD

GENRE: Aksi / Komedi

PELAKUN UTAMA: Benny Sii Tuong Kai, Koe Yeet, Liaw Ket Henn, James Wong

PENGARAH: Bryan Gao

SINOPSIS: Tiga orang jurutera sistem, Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min, membuat keputusan untuk menamatkan "Perfectly Transparent System" yang mereka bina untuk sebuah syarikat dan menukar hala tuju masing-masing setelah mendapat tahu ketua syarikat, Mike, ingin menjual sistem tersebut kepada penjenayah. Fang Yuan kemudiannya mendapati dirinya hamil Fang Rui, anak Mike yang telah mengambil kesempatan terhadapnya ketika dia mabuk. Selepas 20 tahun, Fang Rui mengenali Xiao Wei dan Bai Tao yang bekerja di sebuah syarikat rangkaian. Mereka kemudiannya mendapat tahu mengenai "Perfectly Transparent System" secara tidak sengaja dan dipenjarakan apabila seorang tukang baiki komputer mengubah sistem itu menjadi sebuah aplikasi dan menyeludupnya kepada penjenayah. Kini Fang Yuan, Ren Ren dan Bai Song Min perlu bersatu semula untuk membuktikan bahawa tiga pemuda itu tidak bersalah.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 28 Minit

TAYANG: 23 Januari 2020

PANGGUNG: The Times Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment