Tuesday, January 28, 2020

M4M4

TAJUK: M4M4

BAHASA: MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN: EMPIRE FILM SOLUTIONS

GENRE: Jenayah

PELAKUN UTAMA: Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Haris, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Amanda Hariz

PENGARAH: Eyra Rahman

SINOPSIS: Aini berusaha keras untuk memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya yang berusia 15 tahun, Alya, sejak suaminya meninggal dunia ketika Alya berusia lapan tahun. Dia berasa senang hati melihat Alya membesar dengan baik bersama dua rakan baiknya, Daniel dan Elly, yang tinggal di kawasan yang sama. Malangnya, ketenteraman kawasan itu sering diganggu sekumpulan samseng iaitu Apai, Luk dan Remy. Suatu hari, satu pergaduhan berlaku apabila Apai menyentuh Alya. Alya kemudian diserang oleh Apai dan rakan-rakannya yang menarik Alya ke sebuah bangunan kosong dan memperkosanya. Insiden itu membuatkan Aini terkejut tetapi dia menyembunyikan emosinya demi membantu Alya. Alya juga cuba untuk melupakan apa yang berlaku tetapi apabila Apai mencemuhnya dengan sebuah rakaman insiden itu, dia kembali ke bangunan itu untuk berdepan dengan Apai. Malangnya, dia mati terbunuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada Apai dan rakan-rakannya, dan kini Aini berhasrat untuk membalas dendam atas kematian Alya.

KATEGORI: "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI: 1 Jam 46 Minit

TAYANG: 6 Februari 2020

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment