Tuesday, September 27, 2022

SAYAP-SAYAP PATAH


TAJUK: SAYAP-SAYAP PATAH

BAHASA: INDONESIA

EDARAN: MAXIMA PICTURES

GENRE: AKSI / DRAMA

PELAKUNNicholas Saputra, Ariel Tatum, Iwa K, Nugie, Edward Akbar, Poppy Sovia, Ariyo Wahab, Khiva Iskak, Dewi Irawan, Gibran Marten, Revaldo, Aden Bajaj

PENGARAHRudi Soedjarwo

SINOPSIS: Filem mengisahkan tentang percintaan dua pasangan, Aji dan isterinya Nani.  Aji yang bekerja sebagai anggota Densus 88 sentiasa berada di barisan hadapan dalam memerangi keganasan dan hal ini membimbangkan isterinya yang sedang sarat mengandung. Kebimbangan ini menimbulkan masalah dalam kandungannya, sehingga Nani terpaksa pindah ke rumah ibunya di Jakarta kerana takut akan keguguran kandungannya. Akhirnya berita gembira pun datang apabila Aji dipindahkan ke Jakarta dan pada masa yang sama dapat pulang bersama isterinya. Malangnya, ketika dia bertugas pada hari pertama penjara tempat pengganas ditahan dipecahkan. Keadaan menjadi tegang apabila Aji merupakan salah seorang pegawai yang menjadi tebusan manakala Nani juga sedang bergelut dengan kelahiran anak pertamanya.

KATEGORI"18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. (X)(LDP)

DURASI: 1 Jam 50 Min

TAYANG:  6 Oktober 2022

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

 

No comments:

Post a Comment