Monday, September 12, 2022

THE INVITATION


TAJUK: THE INVITATION

BAHASA: INGGERI (USA)

EDARAN: SONY PICTURES ENTERTAINMENT

GENRE: SERAM / NGERI

PELAKUNNathalie Emmanuel, Thomas Doherty, Stephanie Corneliussen, Alana Boden, Courtney Taylor

PENGARAHJessica M. Thompson

SINOPSISFilem ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita muda bernama Evelyn Jackson atau Evie yang cuba mengambil tahu tentang kehidupan keluarganya. Satu hari selepas menghantar DNAnya, Evie mengetahui bahawa dia mempunyai keluarga besar di England. Selepas mengetahui berita itu, dia juga telah dihantar mesej oleh sepupunya, Oliver Alexander bahawa Evie harus berjumpa dengan Oliver dan menjemput Evie ke majlis perkahwinan keluarga di England. Evie disambut oleh keluarga barunya dengan tangan terbuka, malah dijadikan seperti tetamu kehormat. Pada suatu malam, Evie bermimpi buruk dan banyak perkara pelik menimpanya. Evie akhirnya mengetahui bahawa Walter adalah seorang pontianak dan bahawa nenek moyang keluarganya telah membuat perjanjian kepada pontianak dengan memberinya tiga isteri, seorang daripada setiap keluarga. Malangnya, keluarga Alexander tidak mempunyai anak perempuan yang boleh menjadi isteri kepada Walter. Namun, sehingga akhirnya penemuan Evie menjadi sangat bermakna untuk memenuhi perjanjian dengan kumpulan pontianak. Lalu bagaimana pula dengan kisah kehidupan Evie seterusnya?

KATEGORI"18" - Sesuai Untuk Tontonan Orang Dewasa Berusia 18 Tahun Ke Atas Sahaja. (X)(LDP)

DURASI: 1 Jam 45 Min

TAYANG:  15 September 2022

PANGGUNG: The Mall Cineplex

TRAILER:

No comments:

Post a Comment