Wednesday, April 8, 2015

HANTU BUNGKUS IKAT TEPI

TAJUK : HANTU BUNGKUS IKAT TEPI

BAHASA : MALAYSIA

TERBITAN : METROWEALTH

GENRE : Komedi / Seram

PELAKUN UTAMA : Tauke, Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi

PENGARAH : Hashim Rejab 

SINOPSISMengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari. Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti. Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

KOMEN : Sebuah lagi filem seram terbitan dari Malaysia.  Lakonan yang berlebihan terutama Tauke yang sering menggunakan suara tinggi.  Sepanjang perjalanan cerita kita akan dihidangkan dengan cemuhan dan pergaduhan antara tiga orang sahabat tadi.  Walaubagaimanapun lakonan Yus memang menggelikan hati dan selamba dan kemungkinan inilah merupakan sumber tarikan bagi filem ini.  Bagi yang meminati filem komedi seram, bolehlah menonton filem ini.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 44 Minit

TAYANG : 9 April 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment