Sunday, March 8, 2015

CINDERELLA

TAJUK : CINDERELLA

BAHASA : ENGLISH

EDARAN : WALT DISNEY STUDIO MOTION PICTURES

GENRE : Science Fiction & Fantasy , Romance

PELAKUN UTAMA : Lily James, Richard Madden, Cate Blanchett, Stellan SkarsgÄrd, Holliday Grainger, Derek Jacobi, Helena Bonham Carter

PENGARAH : Kenneth Branagh

SINOPSIS : Sebuah filem fiksi yang berasal dari cerita dongeng kanak-kanak di mana seorang anak gadis yang cantik yang bernama Cinderella yang kehilangan kedua orang tuanya dan diasuh oleh ibu tirinya yang memiliki dua orang anak perempuan yang cemburu akan kehadiran kecantikan an kebaikan Cinderella.  Dia dilayan seperti pembantu rumah tangga dan disiksa tanpa belas kasihan.  Suatu hari Ibu tiri dan sepupu-sepupunya dijemput untuk menghadiri sebuah jamuan makan yang diadakan di istana raja untuk mencari pasangan bagi putera mahkota di negeri tersebut.  Kerana terlalu ingin untuk menghadiri jamuan tersebut, Cinderella dibantu oleh kesaktian dari peri yang mengubahnya menjadi seorang puteri yang cantik jelita.

KOMEN : Filem Cinderella kali ini memang patut dipuji, walaupun jalan ceritanya sudah kita ketahui begitu juga akhir cerita tersebut, namun watak yang diperankan oleh pelakon utama wanita dan lelaki sangat berkesan.  Terdapat babak-bakak yang mencuit perasaan para penonton.  Special effects yang sederhana dan latar belakang suasana di zaman kerajaan memainkan peranan pentind dalam filem ini.  Sebuah filem yang wajib ditonton terutama sekali bagi mereka yang meminati cerita-cerita "Fairy Tales" ini.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 45 Minit

TAYANG : 13 Mac 2015

PANGGUNG : The Empire Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment