Thursday, March 5, 2015

KEPONG GANGSTER 2

TAJUK : KEPONG GANGSTER 2

BAHASA : Mandarin

EDARAN : SKOP PRODUCTION

GENRE : Jenayah / Aksi

PELAKUN UTAMA : Henley Hii, Billy Ng, Crystal Lee, Anges Lim, Danny One, Eric Lin

PENGARAH : Teng Bee

SINOPSIS : Filem kedua ini adalah kesinambngan daripada filem "Kepong Gangster" (2012) di mana kali ini Billy dalam usaha untuk menyelamatkan seorang gadis bernama Cindy, yang telah ditangkap oleh kumpulan kongsi gelap Geng 27 untuk dijadikan sebagai pelacur bagi menyelesaikan hutang bapanya.  Billy juga membunuh pemilik rumah pelacuran itu dan mendapatkan kepercayaan ketua baru Geng 390, Pago, untuk menjadi salah seorang ketua.

KOMEN : Sebuah lagi filem gangster terbitan produksi dari Malaysia, seperti biasa, aksi-aksi jenayah dan lakonan yang "Over Reaction", adegan ganas dan pembunuhan ditampilkan dalam filem ini. Setiap filem gangster yang dilakunkan tidak kurang ada penampilan mimik-mimik muka dan gaya-gaya "Stylist", sombong dan "Samseng" sangat membosankan dan terlalu "common" dan filem-filem seperti ini lebih memacu pengaruh yang tidak baik, iaitu balas dendam dan penyalah gunaan kuasa, sosial dan dadah. Bukan filem yang sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak muda dan remaja.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 43 Minit

TAYANG : 5 Mac 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment