Monday, March 16, 2015

ISYARAT CINTA

TAJUK : ISYARAT CINTA

BAHASA : MELAYU

TERBITAN : RK SCREEN

GENRE : Drama, Percintaan

PELAKUN UTAMA : Liyana Jasmay, Fizo Omar, Adi Putra

PENGARAH : Bade Azmi

SINOPSIS : Isyarat Cinta mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta. Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu. Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup?

KOMEN : Sebuah filem yang penuh dengan konflik percintaan tiga segi.  Jalan cerita yang agak sederhana, plot yang menarik.  Filem yang agak unik dibandingkan filem-filem yang lain.  Lakonan yang berkesan yang boleh membuatkan penonton menjadi emosi terutama sekali di akhir cerita.  Ianya wajib ditonton, terutama sekali bagi mereka yang minat filem-filem drama romantik.

KATEGORI :   "U" - Sesuai untuk semua peringkat umur.

DURASI : 1 Jam 45 Min

TAYANG : 13 Mac 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment