Thursday, March 5, 2015

TAJUK : UCOP WILCHA DALAM WEREWOLF DARI BANGLADESH

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Seram / Komedi

PELAKUN UTAMA : Shy8, ZizanRazak, SaifulApek, Emma Maembong, Muhamad Ikhwan, Muhamad Azwan

PENGARAH : Mamat Khalid

SINOPSIS : Ianya berkisah sekitar 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang serigala lalu mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya. Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam sehingga ramai penduduk kampung menjadi korbannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya membakar rumah Mirdu.  Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba dan Kumbi bagi menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati. Di Malaysia, Usop yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) yang tinggal berjirang dengannya. Pada masa sama, wabak serigala jadian itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi

KOMEN : Sebuah filem fiksi arahan Mamat Khalid dengan menampilkan pelakon handalan Saiful Apek dan Zizan Razak merupakan filem bergenre komedi seram. Sayang filem karya Mamat Khalid kali ini tidaklah sehebat filem-filem beliau yang sebelumnya.  Lakonan Saiful Apek dan Zizan Razak juga tidak menonjol seperti lakonan dalam filem-filem sebelumnya.  Penampilan pelakon tambahan yang kurang mampu memberikan karakter mereka yang baik dan terlalu "script oriented" ini membuatkan filem ini kurang bermutu.  Namun bagi peminat Saiful Apek dan Zizan Razak sudah pasti menantikan penampilan mereka di dalam filem ini.

KATEGORI : "U" - Sesuai untuk semua peringkat umur

DURASI : 1 Jam 20 Minit

TAYANG : 5 Mac 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment