Sunday, March 1, 2015

SUNTI@FACEBOOK

TAJUK : SUNTI@FACEBOOK

EDARAN : TGV PICTURES

GENRE : Horror

PELAKUN UTAMA : Fouziah Gous, Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez

PENGARAH : James Lee

SINOPSIS : Ashiq adalah seorang remaja playboy bersama temanan teman-temannya Py, Adan dan Gel sering membuat pelecehan melalui video dengan menggunakan kaedah Facebook sebagai alat mempermalukan ramai gadis-gadis di kampus tempat mereka belajar. Namun sikapnya ini tidak disukai oleh teman wanitanya tapi Ashiq tetap tidak bisa membuang tabiat buruknya tersebut sehinggalah salah seorang mangsa ejekkan mereka membuat keputusan untuk bunuh diri dengan melompat dari bangunan kampus mereka.  Sejak kejadian itu, satu persatu teman-teman Ashiq dihantui dan dibunuh oleh sosok wanita misteri yang bernama Sunti yang sering menghubungi mereka melalui akaun facebook mereka.

KOMEN : Filem seram hasil terbitan dari sebuah rumah produksi dari Malaysia ini, cuba untuk merebut hati penonton dengan menampilkan genre seperti ini disamping menampilkan artis dari Indonesia Jenny Cortes yang lakonannya agak kurang menonjolkan kehebatan aksi lakonannya di filem tersebut.  Terdapat beberapa shot penggambaran yang kurang berkualiti namun jalan cerita yang agak menarik dan hasil efek make-up yang bagus dan membanggakan.  Lakonan Fouziah Gaus yang mempersona serta Lufya Omar membuatkan filem ini berseri dan menjadikan satu magnet bagi para peminat untuk menonton filem ini.  Amaran bagi para penonton yang dibawah umor bahawa terdapat adegan-adegan yang tidak sesuai ditonton oleh golongan tersebut.

KATEGORI :  "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 29 Minit

TAYANG : 26 Februari 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment