Friday, February 13, 2015

BANGUNAN

TAJUK : BANGUNAN

KELUARAN : EXCELLENT PICTURES SDN BHD

GENRE : Seram dan Misteri

PELAKUN UTAMA : Khir Rahman, Aqasha, Sein Ruffedge

PENGARAH : Khir Rahman

SINOPSIS : Filem ini mengisahkan tiga orang pelakon Khir Rahman, Sein dan Aqasha yang sedang menyiapkan produksi sebuah filem. Setelah mengetahui tentang kisah aneh di sebuah bangunan, mereka mengubah filem itu ke arah kisah aneh tersebut. Mereka cuba merakam kewujudan makhluk halus dan menyampaikan kisah misteri orang-orang yang hilang di dalam bangunan tersebut.

KOMEN : Filem yang bergenre Docu-Movie ini diterbitkan tanpa senghaja kerana ketertarikan salah satu penerbit dalam rumah produksi akibat bangunan yang ingin mereka jadikan lokasi penggambaran tersebut terjadi satu kejadian misteri yang belum terjawab sampai kini iaitu kehilangan 2 orang dan terakam melalui sistem CCTV di bangunan tersebut.  Untuk memecahkan misteri tersebut Khir Rahman berencana untuk membuat filem ini dengan beberapa kru yang lain. Bermacam-macam kejadian misteri pun terakam dalam kamera produksi mereka dan ada beberapa kejadian yang sangat menegangkan yang terjadi sebelum dan ketika berada di dalam bangunan tersebut.  Sebuah filem yang unik dan baru yang wajib ditonton oleh para peminat filem-filem seram.

KATEGORI : "X" - Untuk orang dewasa sahaja.

DURASI : 1 Jam 55 Minit

TAYANG : 5 Februari 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex, Time Square Cineplex, Empire Cinema

TRAILER :

No comments:

Post a Comment