Friday, February 13, 2015

UNBROKEN

TAJUK : UNBROKEN

KELUARAN : UNIVERSAL PICTURES

GENRE : 
Drama


PELAKUN UTAMA : 
Jack O'ConnellDomhnall GleesonGarrett HedlundTakamasa Ishihara


PENGARAH : 
Angelina Jolie


PENULIS : 
Laura Hillenbrand


SINOPSIS : Pemenang 
Anugerah Academy (R) Angelina Jolie mengarahkan dan menghasilkan sebuah epik drama yang mengangkat kisah kehidupan luar biasa seorang pelari Olimpik dan perwira perang Louis " Louie " Zamperini ( Jack O'Connell ) yang , bersama-sama dengan dua anak kapal lain , terselamat dalam rakit untuk 47 hari selepas nahas kapal terbang dan hampir maut dalam Perang Dunia II dan ditangkap oleh Tentera Laut Jepun dan dihantar ke kem tawanan perang. Berbagai kejadian yang mengharukan akibat kekejaman tentera Jepun yang tertumpu kepada Louie, namun dengan sifat tegar dan kecekalan serta kesabaran beliau, memberikan semangat yang luar biasa kepada tawanan-tawanan yang lain.


KOMEN : Filem yang berupa drama ini diambil dari sebuah kisah nyata perjalanan hidup seorang veteran perang Louis Zamperini. Filem arahan pelakon terkenal Angelina Jolie sangat berkesan dan dengan cinematografi yang menarik serta latar belakang yang sangat berkesan mengikut suasana Perang Dunia Kedua pada zaman itu. Lakonan Jack O'Connell yang sangat berkesan juga memberikan suasana tontonan yang emosional. Sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua orang.

KATEGORI
"U" - Sesuai untuk semua peringkat umur.

DURASI : 2 Jam 17 Minit


TAYANG : 30 Januari 2015


PANGGUNG : The Mall Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment