Saturday, February 7, 2015

TAKEN 3


Tajuk Filem : TAKEN 3 (Sebuah filem serial America yang sangat popular beberapa tahun yang lalu dengan tajuk yang sama iaitu TAKEN dan TAKEN 2)

Jenis : Action Thriller

Pelakun Utama :  Liam Neeson sebagai Bryan Mills

PengarahOlivier Megaton

Penulis Luc Besson and Robert Mark Kamen

Sinopsis : Liam Neeson sebagai Bryan Mills , bekas pegawai siasatan rahsia, dituduh membunuh bekas isterinya Lenore yang mati dibunuh di apartmennya dan menjadi pelarian dan sangat dikehendaki oleh pihak polis. Namun seseorang detektif yang menyiasati kes tersebut tidak percaya sepenuhnya Mills bersalah tetapi memutuskan untuk melakukan sesuatu dan cuba untuk mencari tau apakah sebenarnya yang terjadi . Kim anak perempuan Bryan tidak percaya ayahnya adalah pembunuh ibunya manakala Stuart tidak tepat mengatakan dia tidak bersalah . Bryan sedaya upaya untuk mendapati bukti siapakah menjadi dalang di atas kejadian pembunuhan bekas isterinya tersebut . Dengan keahlian Brian dalam menyelesaikan masalah seperti ini membuatkan filem ini menjadi lebih menegangkan dan penuh dengan gerakan-gerakan yang memukau penonton sekalian.

Komen : Sebuah filem yang sangat menegangkan, namun kemungkinan usia Liam yang sudah agak lanjut membuatkan beberapa gerakan yang tidak sehebat filem-filem Taken sebelumnya. Jalan ceritanya juga sedikit menarik dengan beberapa konflik dan plot cerita yang sedikit "Suspend" serta anti-climax yang memberikan kejutan di beberapa babak tidak seperti Taken sebelumnya yang hanya "Straight To The Point". Sebuah filem yang WAJIB TONTON!

Kategori : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh ibu-bapa atau penjaga.

Panggung : The Mall Cineplex

Trailer :

No comments:

Post a Comment