Friday, February 13, 2015

GUDANG KUBUR

TAJUK : GUDANG KUBUR

KELUARAN : METROWEALTH

GENRE : 
Seram dan Misteri


PELAKUN UTAMA : 
Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaimie, Nizam Zaidi, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul


PENGARAH : Eyra Rahman

SINOPSIS : Pasangan suami isteri Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh ‘sesuatu’ yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.

KOMEN : Sebuah filem arahan Eyra Rahman dengan mengetengahkan gabungan pelakon veteran Faisal Hussein dan Nora Danish. Jalan cerita yang agak menarik namun lakonan terlalu "Script Oriented" dan terlalu tertumpu kepada arahan sang pengarah dan tidak natural. Ending yang sedikit "hanging" kerana tidak ada pengajaran bagi yang berbuat kejahatan. Selebihnya biasa sahaja dan sesuai bagi para peminat filem-filem horor.

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 24 Minit

TARIKH TAYANG : 12 Februari 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex, Gadong

TRAILER :

No comments:

Post a Comment