Friday, February 13, 2015

PUAKA BALAI GOMBAK

TAJUK : PUAKA BALAI GOMBAK

KELUARAN : Showbiz Productions Sdn Bhd

GENRE : 
Seram dan Misteri


PELAKUN UTAMA : 
Hazwan As'ari, Shukri Mohd Tahir, Farhaziq


PENGARAH : 
Wan Mohd Hafiz Wan Hussein



SINOPSIS Puaka X merupakan sebuah kumpulan paranormal tempatan yang menggunakan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kumpulan Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani sering menimbulkan kontroversi dengan menerjah ke lokasi-lokasi yang terang-terangan dikatakan ‘keras’ oleh para ahli paranormal dan melakukan apa sahaja yang melanggar pantang larang untuk mengutuk kenyataan mereka di blog rasmi Puaka X. “Kasi redah!” merupakan tagline utama kumpulan Puaka X yang sering menyahut cabaran oleh kumpulan-kumpulan paranormal lain untuk menyiasat lokasi-lokasi yang paling ‘keras’ di Malaysia seperti di sebuah rumah banglo tinggal di Taman Tenaga Puchong, Apartment Riviera II, sebuah banglo di Kuala Kubu Bharu, taman perumahan di Shah Alam, kolej lama di Bangi dan banyak lagi. Semakin hari Puaka X semakin galak mencabar sesiapa sahaja di luar sana untuk membuktikan keberanian mereka kerana bagi Amar, Rizal dan Dani, mereka tidak akan percaya kewujudan ‘hantu’ selagi ia tidak muncul di depan mata. Sehinggalah mereka sendiri menerima cabaran oleh seseorang yang tidak diketahui melalui email untuk ke lokasi yang benar-benar ‘keras’, iaitu Balai Gombak. Ibarat buku bertemu ruas, Puaka X tidak sedar apa yang sedang menanti kehadiran mereka. Pahit getir sepanjang penyiasatan mereka bertiga dirakamkan menerusi filem “Puaka Balai Gombak”. Adakah Amar, Rizal dan Dani berjaya merakamkan sebarang aktiviti paranormal di Balai Gombak? Adakah mereka akan mula percaya akan kewujudan makhluk halus? Sertai penyiasatan Puaka X menerusi filem “Puaka Balai Gombak” yang akan berada di pawagam berhampiran. Source: http://www.budiey.com/

KOMEN : Seperi filem-filem lain yang menggunakan teknik handheld camera yang sempat mendapat sambutan oleh masyarakat, filem "Puaka Balai Gombak" ini juga tidak ketinggalan untuk menerbita genre filem yang sama. Namun perbezaan filem ini ialah ketiga-tiga watak yang dipaparkan dalam filem ini merupakan extremers yang skeptik akan adanya kewujudan makhluk-makhluk halus dan sering meredah tempat-tempat keras dengan keberanian mereka memanggil makhluk-makhluk tersebut dan berada bersendirian dengan merakam semua aksi mereka. Untuk mengetahui samada filem ini adalah lakonan semata atau rakaman sebenar, saksikan dan nilailah sendiri. Sangat sesuai bagi para peminat filem-filem horor dan misteri.

KATEGORI"X" - Untuk orang dewasa sahaja.


DURASI : 1 Jam 18 Minit


TAYANG : 29 Januari 2015


PANGGUNG : Sri Q-Lap Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment