Tuesday, February 17, 2015

KINGSMAN

TAJUK : KINGSMAN

EDARAN : 20TH CENTURY FOX

GENRE : Action, Adventure & Comedy

PELAKUN UTAMA : Colin Firth, Samuel L. Jackson, Mark Strong, Taron Egerton, Michael Caine

PENGARAH : Matthew Vaughn

PENULIS : Mark Millar, Dave Gibbons

SINOPSIS : Berdasarkan dari buku komik yang sangat populer bertajuk "The Secret Service" dan diarahkan oleh Matthew Vaughn (Kick Ass , X -Men 1st Class) , Kingsman : Perkhidmatan Rahsia menceritakan kisah sebuah pertubuhan mata-mata gelap (rahsia) yang merekrut seorang kanak-kanak jalanan untuk menjalani latihan intensif sebagai seorang agen rahsia di sebuah agensi program latihan kompetitif.  Dia ditugaskan untuk memecahkan satu komplot ancaman global yang muncul dari seorang yang mempunyai misi untuk menyelamatkan dunia dengan caranya tersendiri. ( c ) Fox

KOMEN : Sebuah filem fiksi yang sangat menarik dan dengan aksi-aksi yang mendebarkan, lakonan yang bersahaja dan lucu dari Colin Firth dan Mark Strong. Lakonan antagonis Samuel Jackson yang mengena dan sesuai dengan karakternya yang "simple" dengan karakternya yang jahat namun takut akan darah.  Filem ini wajib ditonton oleh semua pihak.

KATEGORI :  "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 2 Jam 09 Minit

TAYANG : 13 Februari 2015

PANGGUNG : Timesquare Cineplex, Empire Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment