Tuesday, February 17, 2015

VICE

TAJUK : VICE

EDARAN : LIONS GATE

GENRE : Action & Adventure , Science Fiction & Fantasy

PELAKUN UTAMA : Ambyr Childers, Thomas Jane, Bruce Willis

PENGARAH : Brian A. Miller

SINOPSIS : Filem ini mengisahkan sebuah resort yang diberi nama Vice, yang dimiliki oleh Julian Micheals.  Vice merupakan sebuah resort indah yang tidak mempunyai undang-undang dan pengunjung boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan termasuk tindakan jenayah.  Resort itu juga mempunyai pekerja buatan seperti manusia, yang boleh melihat dan berfikir.  Semuanya berjalan dengan lancar, sehinggalah salah satu daripada pekerja itu berusaha melepaskan diri tetapi terjerumus ke dalam konflik antara Julian dan seorang pegawai polis yang ingin menutup Vice.

KOMEN : Sebuah filelm fiksi yang agak menarik, cerita mengenai kisah masa depan tentang robot manusia yang boleh berfikir dan mempunyai emosi.  Filem ini adalah filem low budget dan kehadiran Bruce Willis adalah sebagai penopong untuk melariskan filem tersebut.  Sayangnya Bruce Willis tidak menampilkan lakonan seperti filem-filemnya sebelum ini.  Walaubagaimanapun filem ini sesuai untuk para peminat filem Sci-Fi dan terdapat beberapa aksi yang mendebarkan.

KATEGORI"PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 30 Minit

TAYANG : 22 Januari 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex, Timesquare Cineplex, Empire Cineplex

TRAILER :

No comments:

Post a Comment