Saturday, February 7, 2015

PROJECT ALMANAC

TAJUK : PROJECT ALMANAC

KELUARAN : Paramount Pictures

GENRE : Mystery, Suspense, Science Fiction & Fantasy

PELAKUN UTAMA : Johnny Weston sebagai David Raskin

PENGARAH : Dean Israelite

PENULISJason Harry Pagan Dan Andrew Deutschman

SINOPSISSeorang pelajar sekolah tinggi David Raskin (Johnny Weston) yang sangat cemerlang dan rakan-rakannya menemui sebuah alat menjelajah waktu (Time Machine) Ciptaan bapanya untuk projek ketenteraan. Mereka tanpa senghaja menemui "blueprint" alat tersebut dan berhasrat untuk meneruskan projek tersebut dan mereka menamakannya dengan "Project Almanac". Akhirnya dengan melakukan pengubahsuaian akhirnya mereka berjaya menggunakan alat tersebut dan memanfaatkannya untuk kembali ke waktu lampau dan memperbaiki keadaan-keadaan yang sebelumnya gagal mereka hadapi namun dalam keseronokan mereka menggunakan alat tersebut kejadian buruk terjadi akibat sifat ego dan kepentingkan diri sendiri bukan sahaja membahayakan diri mereka namun orang sekeliling serta bencana dunia.

KOMEN : Filem yang berbentuk "self-video" iaitu dengan kaedah menggunakan video sendiri untuk mendokumen setiap kejadian yang berlaku menjadikannya sebuah filem yang sangat diminati masa kini, seperti filem "Chronicle". Seperti filem-filem "Science Fiction" yang bertemakan alat penjelajah waktu atau "Time Machine", filem ini tidak kurang bezanya dari segi jalan cerita di mana rata-rata mereka kembali ke waktu sebelumnya untuk mengubah diri mereka kepada yang lebih baik di masa hadapan namun tanpa disedari terjadilah "Ripple Effect" yang mengakibatkan peristiwa buruk dan merbahaya. Di dalam filem ini banyak "Special Effects" yang sangat menarik namun terdapat beberapa plot yang tidak lojik dan jalan cerita yang sedikit membosankan. Namun bagi mereka yang minat dengan filem "Sci-Fi", Project Almanac merupakan sebuah filem yang WAJIB DITONTON!

KATEGORI : "PG" - Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun wajib ditemani oleh Ibu-bapa atau penjaga dewasa.

DURASI : 1 Jam 56 Minit

MULA TAYANG : 30hb Januari 2015

PANGGUNG : The Mall Cineplex, Gadong

TRAILER :

No comments:

Post a Comment